Thursday, September 10, 2009

Rahsia Hari Lahir Wanita

· Rahsia Hari Lahir Wanita

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat
Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain
dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika
dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg
arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah
sebagai kepercayaan 100%. Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk
mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan,
jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan
kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara
melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan
suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan
seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi
mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan
rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah
terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia
pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih
jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran
terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya
tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk.
Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia
pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela
berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan
bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.


JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri,
suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya
dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan
sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya
sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat
teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam
lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak
pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap
bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka
mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

0 Comments: